Call Us For Appointment: +60126907705
Get Your Ecommerce Website Now: Price start from RM1,800 All In

Peluang dan Faedah Perniagaan Online

Peluang dan Faedah Perniagaan Online

Pada masa ini, penggunaan internet di dunia telah meningkat dengan sangat mendadak. Di Malaysia juga, fenomena internet turut berlaku. Makin ramai rakyat Malaysia yang telah celik IT. Dengan kos penggunan internet yang murah kerana banyak penyedia perkhidmatan internet seperti Unifi, Streamyx, Celcom, Wimax dan sebagainya berlumba-lumba menawarkan pakej-pakej internet yang menarik dan mampu dimiliki oleh semua orang. Setiap hari, berjuta-juta rakyat Malaysia melayari internet samada untuk mencari maklumat, bersosial dilaman sosial seperti Facebook, MySpace, Friendster dan sebagainya. Begitu juga dengan pengguna internet di Malaysia yang makin berminat untuk membeli-belah secara online. Terlalu banyak faedah dan penjimatan yang boleh diperolehi dengan membeli-belah di internet ini.

jumlah pengguna internet dan facebook di Malaysia

Source : http://www.internetworldstats.com/asia.htm

Laporan agensi pembayaran online, PayPal dengan kerjasama penyelidik Nielsen Company mendedahkan pada 2010 saja kira-kira 1.1 juta rakyat Malaysia sanggup berbelanja dengan nilai purata RM2,461 untuk pembelian produk online. Ia menjadikan perbelanjaan online di seluruh Malaysia mencapai angka sebanyak RM1.8 bilion tahun lalu bagi pembelian produk dan perkhidmatan dengan perbelanjaan terbesar dihabiskan untuk percutian seperti bayaran tiket penerbangan, pakej percutian dan pengangkutan yang berjumlah RM435 juta atau 24 peratus.

Sementara itu, perbelanjaan besar lain yang dihabiskan rakyat negara ini termasuk bayaran bil sebanyak RM329 juta atau 18 peratus; hiburan dan gaya hidup (RM255 juta, 14 peratus); peralatan elektronik dan teknologi maklumat (RM218 juta, 12 peratus), insurans (RM205 juta, 11 peratus), fesyen dan kecantikan (RM181 juta, 10 peratus) dan hadiah dan koleksi (RM68 juta atau empat peratus).

Pengarah Urusan dan Pengurus Besar PayPal Asia Tenggara dan India, Elias Ghanem, memaklumkan angka terbabit disifatkan agak mengejutkan untuk negara yang mempunyai penduduk berjumlah hampir 27 juta orang. Bagaimanapun, Elias kecewa apabila kuasa Internet tidak dimanfaatkan golongan peniaga apabila hanya 100,000 daripada 600,000 pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini yang aktif dalam dunia online dengan menawarkan perkhidmatan dan produk mereka. “Agak menyedihkan kerana kebanyakan PKS masih belum memanfaatkan dunia digital dalam memperluaskan perniagaan mereka walaupun kajian yang dikeluarkan kami menunjukkan jumlah beli-belah online di negara ini mencecah sehingga RM1.8 bilion pada tahun lalu,” katanya. Menurut Elias, PKS tempatan perlu memanfaatkan Internet sebagai platform mengembangkan perniagaan kerana Internet kini berupaya memperluaskan jaringan di peringkat global. “Untuk menarik pelanggan online dan menguasai pasaran membeli-belah online yang berkembang pesat, peniaga tempatan harus menggunakan pelbagai saluran dalam platform untuk menjual produk.

“Pasaran membeli-belah online berkembang pantas dan pelanggan tempatan semakin mencari nilai terbaik dalam pembelian produk dan perkhidmatan menerusi laman web,” katanya. Bagi pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS), mempunyai sebuah website untuk mempromosikan pernigaaan anda adalah salah satu langkah untuk lebih maju dan mengembangkan perniagaan anda di Seluruh Malaysia dan juga antarabangsa. Ini terbukti dengan perniagaan online menjual baju kebaya nyonya yang kami miliki iaitu IzwanIzzati Collections, pelanggan kami datang dari seluruh Malaysia juga dari luar negara seperti dari Brunei, Singapura, Indonesia, Australia, Hong Kong, China, USA, Netherland dan sebagainya. Hanya dengan menjual kebaya nyonya, kami telah memasarkan ke peringkat antarabangsa. Begitu juga dengan perniagaan anda. Pergilah lebih jauh dengan sebuah laman web perniagaan. Hubungi kami jika anda berminat untuk membangunkan sebuah website perniagaan. Kami boleh membantu anda dari segi pembinaan website dan juga khidmat nasihat perniagaan online berdasarkan pengalaman kami yang telah memulakan perniagaan online sejak tahun 2007 lagi.



Leave A Reply




LIKE to Help Us Grow!!

Contact Details
Company Location
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere
Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor

How To Contact Us

Email: sales@izwanizzati.biz
Phone: +60126907705

Office Hours

Mondays-Sunday: 10:00 - 20:00



© 2012 IzwanIzzati E-Biz Resources Home About Our Sevices Portfolio Blog Contact