Call Us For Appointment: +60126907705
Get Your Ecommerce Website Now: Price start from RM1,800 All In

Seminar dan Kursus 2014

Kursus Perniagaan Online 2012

Dunia sudah semakin maju. Segalanya di hujung jari dan semakin ramai orang yang lebih selesa membeli belah di Internet. Terlalu banyak kelebihan berniaga di Internet seperti kos overhead yang rendah tanpa perlu membayar sewa kedai, tidak perlu menggaji pekerja, kos pengiklanan dan pemasaran yang murah dan berkesan dan sebagainya. Terdapat pelbagai medium pemasaran di Internet samada pemasaran enjin carian (Search Engine Marketing) mahupun pemasaran media sosial (Social Media Marketing) seperti di Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.

Anda ingin memiliki sebuah perniagaan online dengan sistem ecommerce yang sistematik dan sokongan yang berterusan? Sertai Kursus Perniagaan Online dan Bina Website E-Commerce 2014 yang kami anjurkan.


Siapakah Kami?

Kami telah memulakan perniagaan online sejak tahun 2007 diatas nama IzwanIzzati Collections (http://www.izwanizzati.com). Setelah enam tahun beroperasi, perniagaan online kami telah dikenali ramai dengan produk baju kebaya nyonya. Pelanggan kami datang dari segenap pelusuk Malaysia dari Semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak. Selain dari Malaysia, pelanggan kami juga datang dari Indonesia, Brunei, Singapura dan juga Australia. Yang terbaru, kami baru menghantar kebaya nyonya ke Netherland. Kami juga pernah menaja pakaian untuk RTM1 dan hingga ke hari ini kami mendapat pelawaan dari penerbit drama dan filem dan juga artis Malaysia untuk menggayakan koleksi baju kebaya nyonya kami. Untuk rekod, baju kebaya nyonya kami pernah dipakai oleh Marsha Milan Londoh dan juga Syarifah Nurul Sakinah untuk promosi filem Qada’ yang akan ditayangkan mungkin pada penghujung tahun ini.  Kami juga pernah di interview dan rencana perniagaan online kami disiarkan di akhbar Metro Ahad dan juga Kosmo. Juga di majalah Dara.com edisi Julai 2012. Pada bulan Februari 2013 yang lalu, perniagaan online kami telah disiarkan di rancangan Safiyya di TV9 bertajuk “Kebaya Nyonya”. Dengan pengalaman kami, kami ingin kongsikan dengan anda agar lebih ramai usahawan internet dilahirkan.


Kenapa Anda Perlu Sertai Kursus Perniagaan Online ini?

kursus perniagaan online 1Pertamanya kami akan memberi latihan dan tunjuk ajar langkah demi langkah bagaimana untuk membina sebuah website kedai online yang menggunakan enjin ecommerce shopping cart Zen Cart yang lengkap dengan pelbagai ciri-ciri sebuah perniagaan seperti rekod inventori, rekod produk, invoice, medium pembayaran, kos penghantaran, kupon diskaun, fungsi Sales dan sebagainya. Segalanya direkodkan dan tersimpan di dalam sebuah sistem yang sangat mesra pengguna.

kursus perniagaan online 1Pada hari ini, kedai online blogspot telah wujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Mengapa kedai online blogspot? Kerana ianya percuma. Tetapi, ianya tidak mempunyai sistem sebuah perniagaan online. Bagi anda yang serius untuk berniaga di Internet, elakkan menggunakan blogspot sebagai kedai online sebaliknya jadikan blogspot sebagai salah satu daripada medium pengiklanan dan pemasaran produk. Dengan pertumbuhan kedai online blogspot yang sangat tinggi menunjukkan ramai yang sedar bahawa perniagaan online adalah sebuah perniagaan yang menguntungkan. Jadi jika anda mempunyai kedai online blogspot, sertai Kursus Perniagaan Online kami dan hijrahkan kedai online anda ke sebuah sistem ecommerce shopping cart yang sistematik.

kursus perniagaan online 1Selain latihan membina website kedai online, kami juga akan terangkan tentang bagaimana untuk bermula dan berjaya di dalam perniagaan online. Anda akan diterangkan tentang teknik pemasaran berkesan, teknik SEO, teknik pengiklanan berkesan, analisis prestasi dan statistik perniagaan online anda dan juga 140 cara , tips dan panduan promosi & tingkatkan trafik website kedai online anda.

kursus perniagaan online 1 Anda akan diterangkan tentang pendaftaran domain dan hosting, pengunaan cPanel, penggunaan FTP dan juga cara-cara untuk install enjin ecommerce Zen Cart. Anda juga akan dbekalkan dengan nota dan panduan menggunakan enjin ecommerce Zen Cart dalam bahasa melayu yang kami tulis sendiri. Juga, anda akan diberikan nota tentang panduan dan langkah-langkah di dalam bermula dan seterusnya berjaya di dalam perniagaan online.

kursus perniagaan online 1 PERCUMA – Koleksi e-book tentang perniagaan online, pemasaran internet, Search Engine Optimization (SEO) dan pengiklanan berkesan.

kursus perniagaan online 1 Sokongan, panduan dan tips-tips perniagaan online dari semasa ke semasa.

kursus perniagaan online 1 Sijil Penyertaan untuk setiap peserta kursus.


Apa Itu Enjin Ecommerce Zen Cart?

Enjin Ecommerce Zen CartZen Cart adalah antara enjin e-commerce shopping cart yang paling awal dibangunkan. Ianya merangkumi segala yang diperlukan oleh sebuah website kedai online. Selain itu, sistem forum sokongannya sangat aktif sehingga setiap sesuatu permasalahan anda pasti akan ada jawapannya.  Berikut adalah penerangan tentang enjin ecommerce Zen Cart yang di ambil dari website Zen Cart itu sendiri :

Zen Cart® truly is the art of e-commerce; free, user-friendly, open source shopping cart software. The ecommerce web site design program is being developed by a group of like-minded shop owners, programmers, designers, and consultants that think ecommerce web design could be and should be done differently.

 

Some shopping cart solutions seem to be complicated programming exercises instead of responding to users’ needs, Zen Cart® puts the merchants and shoppers requirements first. Similarly, other shopping cart software programs are nearly impossible to install and use without an IT degree, Zen Cart® can be installed and set-up by anyone with the most basic web site building and computer skills.

 

There are hundreds of shopping cart programs available, but none come close to offering the level of options, features and support available with Zen Cart®. Even the commercial programs have a hard time competing.


Ciri-Ciri Enjin Ecommerce Zen Cart

  1. Unlimited page
  2. Unlimited product entry
  3. SEO Friendly
  4. Local Bank Malaysia Payment Setting Component
  5. PayPal Payment Integrations Component
  6. Pos Laju & Pos Malaysia Parcel Shipping Module to all over Malaysia including to Singapore, Brunei, Indonesia & Australia Component
  7. Customer Database
  8. Sales Record
  9. Auto Create Sales Invoice and Product Packing Slip
  10. Order Status Management (Pending, Processing, Delivered and Update)
  11. Sales Report (Product Viewed, Product Purchased, Product Low Stock)
  12. Gift Certificate / Coupons
  13. Website Statistic, Analysis & Traffic Counter
  14. Product Bidding Component  (Optional) …….dan banyak lagi.

Daftar Kursus Perniagaan Online 2014 sekarang dan mulakan perniagaan online anda sebaik sahaja kursus tamat. Ini kerana, kami akan daftarkan domain dan hosting untuk anda sebelum kursus bermula. Kami juga akan berikan beberapa template website secara percuma kepada anda dan seterusnya kami akan terangkan bagaimana untuk menggunakannya dan menjadikannya lebih menarik mengikut kehendak anda. Jika anda tiada produk, anda boleh menjual semua produk di website kedai online kami (terdapat lebih 700 produk) kerana dengan menyertai kursus perniagaan online ini, secara automatiknya anda boleh menjadi agen rasmi kami (jika mahu). Pasti menguntungkan.

Daftar Kursus Perniagaan Online dan Bina Website E-Commerce sekarang. Terlalu banyak ilmu yang akan dikongsikan bersama.  Kursus ini adalah One to One Coaching dimana hanya seorang peserta dalam satu masa agar peserta mempunyai lebih banyak ruang untuk bertanya dan lebih selesa. Akan tetapi, peserta boleh membawa bisnes partner untuk sertai kursus bersama.  Hubungi kami untuk keterangan lanjut. Kursus perniagaan online dan bina website e-commerce ini diadakan pada setiap hari di tempat kami di The Atmosphere, Seri  Kembangan, Selangor.



LIKE to Help Us Grow!!

Contact Details
Company Location
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere
Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor

How To Contact Us

Email: sales@izwanizzati.biz
Phone: +60126907705

Office Hours

Mondays-Sunday: 10:00 - 20:00



© 2012 IzwanIzzati E-Biz Resources Home About Our Sevices Portfolio Blog Contact