Call Us For Appointment: +60126907705
Get Your Ecommerce Website Now: Price start from RM1,800 All In

Stat Counter Widget

Stat Counter Widget – Elakkan Guna Widgeo

Khusus Untuk Para Blogger

Sekarang nie kami tengah kumpulkan seberapa banyak senarai kedai online di Malaysia untuk dibawa semasa meeting dengan Google Malaysia pada 1 Ogos 2012 nanti. Ini bertujuan untuk mendapatkan geran dana kerajaan bagi diagihkan kepada usahawan online di Malaysia. Bagi yang ingin memasukkan website/blog kedai online anda, sila emailkan kepada kami Nama Kedai Online + URL Kedai Online + Alamat Email + No. Telefon + Nama Pemilik dengan segera. Sepanjang pencarian kedai online beberapa hari ini, kami dapati ramai pemilik kedai online blogspot yang meletakkan stat counter di blog mereka untuk mengetahui statistik pelawat yang melawat mereka di dalam sehari. Pelbagai laman web yang menyediakan perkhidmatan Stat Counter Widget ni antaranya seperti:

  • hitstat.com
  • website-hit-counters.com
  • statcounter.com
  • widgeo.net

Di sini kami nak sentuh skit tentang Stat Counter Widgeo kerana terlalu ramai yang menggunakannya. Widgeo menawarkan stat counter yang menarik dan interaktif kerana ia mengggunakan flash. Memang menarik. Sebab itu ramai yang menggunakan Widgeo. Tapi, ramai yang pengunjung yang tidak suka melawat blog yang guna widgeo ni. Sebabnya klik dimana-mana bahagian didalam blog, page popup akan muncul. Selalunya hanya satu popup yg keluar,tp kdg2 tu sampai dua tiga popup keluar serentak. Memang rasa terganggu. Apa yang dirisaukan jika popup yang keluar adalah spam atau satu lagi gadget Hacker utk menceroboh komputer kita. Website kedai online kami iaitu Izwanizzati Collections pernah dihack oleh hacker dari Indonesia. Cukup sakit hati & buang masa untuk mendapatkan kembali online store kami itu. Skrg ni kami tengok hacker-hacker tu dah makin mengganas. Satu dunia punye online store mereka try hack. Siap dah mencarut-carut dah.  Bila mereka dah dapat login admin kedai online kita, macam-macam yang boleh dilakukan dan paling jahat yang boleh mereka buat, delete terus kedai online tu. Cuma untuk menunjukkan bahawa mereka dah berjaya hacked, selalunya mereka takkan delete cuma akan menuliskan perkataan-perkataan yang menyatakan bahawa website/blog tersebut telah berjaya meraka ceroboh.  Berbalik kepada Widgeo, perlukah nak letak sebuah stat counter yang menarik tetapi buat pelawat menyampah, sakit hati & terdedah kepada serangan spam? Atau owner blog tak alert tentang popup window ni?

Popup window

adalah bermaksud tetingkap (window) baru yang muncul secara tiba-tiba pada browser (Firefox, Chrome, Opera, dan lain-lain). Popup biasanya digunakan untuk memaparkan iklan. dan kadang-2 tu bertujuan untuk tarik trafik atau kumpul email pelawat.

Selain daripada masalah popup, widget stat counter ini juga akan buatkan laman blog anda menjadi berat & mengambil masa untuk di buka. Ini juga antara faktor-faktor yang menyebabkan pelawat makin menyampah dengan blog anda sebab kena tunggu lama dan sekaligus menyebabkan semakin kurang pelawat ke blog kedai online anda.

Jadi, bagi yang menggunakan Stat Counter Widgeo ni, bertukarlah dengan stat counter yang lain. Saya cadangkan gunakan stat counter dari laman web statcounter.com . Kat sini anda boleh monitor sebanyak mana blog yang anda ade.  Persoalannya, perlukan menunjukkan statistik pelawat atau tanpa statistik tapi blog bersih, ringan dan menerangkan tentang produk dengan jelas, kedai online anda akan lebih menguntungkan?

Kesimpulannya, bagi sesiapa yang guna stat counter Widgeo, bertukarlah dengan stat counter yang lain untuk masa depan yang lebih cerah dalam dunia blogging dan kedai online blogspot ini. Mungkin juga search enjin akan meletakkan blog kedai online anda sebagai spam dan menyebabkan tiada crawler datang untuk mengaudit keyword-keyword kedai online anda.

Kami menawarkan khidmat Analisis dan Setup SEO, Search Engine Marketing dan Social Media Marketing untuk menarik lebih ramai pelawat/trafik ke kedai online anda. Hubungi Kami untuk keterangan lanjut.

 



Leave A Reply




LIKE to Help Us Grow!!

Contact Details
Company Location
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere
Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor

How To Contact Us

Email: sales@izwanizzati.biz
Phone: +60126907705

Office Hours

Mondays-Sunday: 10:00 - 20:00



© 2012 IzwanIzzati E-Biz Resources Home About Our Sevices Portfolio Blog Contact