Call Us For Appointment: +60126907705
Get Your Ecommerce Website Now: Price start from RM1,800 All In

Memulakan Perniagaan Online

Senarai Keperluan Untuk Memulakan Perniagaan Online

Sebelum memulakan sebuah perniagaan online, anda perlu tahu serba sedikit tentang senarai keperluan untuk memulakan perniagaan online. Memang kita sedia tahu bahawa pada masa kini perniagaan online sangat popular dan ramai yang telah berjaya menjana pendapatan lumayan dengan perniagaan online. Anda pun boleh berjaya. Yang penting anda mengikut cara yang betul, mempunyai kerajinan yang tinggi dan tidak mudah putus asa. Ada pemilik kedai online yang meminta pertolongan kami untuk meningkatkan trafik website/blog kedai online mereka sekaligus meningkatkan jualan produk mereka. Ini kerana ada diantara mereka yang telah memulakan perniagaan online hampir empat bulan dan masih belum terjual satu produk pun. Jadi, jika anda bercadang untuk memulakan perniagaan online, jangan putus asa kerana peluang untuk berjaya sangat cerah. Satu hari bila perniagaan online anda dah stabil dan dikenali, pastinya anda boleh tesenyum dan berpuas hati dengan usaha anda selama ini. Berikut kami senaraikan keperluan didalam memulakan perniagaan online:

Kursus Perniagaan Online 1


PRODUK

Perkara pertama untuk memulakan sesebuah perniagaan, samada perniagaan online ataupun offline adalah anda memerlukan “PRODUK”. Jika tiada produk, perniagaan itu tidak akan wujud dalam ertikata yang sebenar. Jadi, sebelum memulakan perniagaan online anda perlu fikirkan produk apakah yang ingin anda jual. Antara sumber-sumber untuk mendapatkan produk adalah seperti berikut:

  • Pusat Pemborong Jalan Kenanga
  • Pusat Pemborong Plaza GM
  • Jalan Masjid India, Kuala Lumpur
  • Membeli Barangan Secara Borong Di Internet
  • Produk Yang Sukar/Jarang Didapati Di Malaysia
  • Bekerjasama Dengan Perniagaan Offline
  • Mendaftar Sebagai Ajen Dropship

Kursus Perniagaan Online 2


PATUNG / MODEL PAKAIAN

Untuk menjalankan perniagaan online, anda perlu membeli sebuah patung untuk menggayakan produk anda. Harga untuk sebuah patung yang lengkap adalah RM350 – RM400. Anda juga boleh menggayakan sendiri produk-produk anda jika anda ingin menjimatkan kos. Kedai online kami menggunakan kedua-duanya iaitu patung dan juga model pakaian untuk memperagakan produk pakaian kami.

Perniagaan online berbeza dengan perniagaan offline (di butik/di kedai) kerana jika di butik/ di kedai pelangan dapat melihat, menyentuh dan mencuba produk anda akan tetapi di internet mereka hanya dapat melihat gambar sahaja. Jadi, anda perlu menunjukkan gambar produk anda dari semua sudut supaya pelanggan berpuas hati dan mengambil keputusan untuk membelinya. Selain itu, anda perlu memberikan rujukan saiz setiap pakaian yang anda pamerkan di blog/website kedai online anda supaya pelanggan senang untuk menentukan samada saiz pakaian yang anda jual sesuai untuk dipakai. Anda perlu ingat, pelanggan 100% bergantung kepada gambar dan ukuran saiz produk yang anda pamerkan di website. Mereka sesekali tidak boleh untuk mencubanya dan disitulah kesukarannya berniaga di internet ini. Jika sehari 100 orang yang datang melawat website kedai online anda, belum tentu lagi ada yang akan membelinya. Yang penting anda jangan berhenti promosi website anda. Pasti akan ada yang akan membelinya.

Kursus Bina Website 3


KAMERA DIGITAL

Seperti yang kami terangkan sebelum ini, untuk perniagaan online pelanggan bergantung 100% kepada gambar dan ukuran saiz. Jadi anda perlu mempunyai sebuah kamera digital untuk mengambil gambar produk-produk anda. Tak perlu kamera DSLR yang mahal. Cukup dengan kamera digital biasa asalkan gambar produk terang dan cantik dipandang.

Kursus Bina Website 4


SOFTWARE EDIT GAMBAR

Untuk edit gambar yang telah anda tangkap sebelum ini, anda boleh menggunakan salahsatu daripada software picture editing seperti Microsoft Office Picture Manager, Photoscape, IrfanView, Adobe Photoshop dan sebagainya.

Kursus Bina Website 5


HARGA JUALAN PRODUK

Harga jualan produk adalah amat penting. Anda boleh merujuk kepada harga yang di kenakan oleh para pesaing anda atau anda boleh tetapkan sendiri. Kebiasaannya, jika modal belian adalah RM20; anda boleh menjual produk tersebut dengan harga RM39 – RM49. Anda boleh menjual dengan harga tinggi pada bulan pertama anda upload produk tersebut di blog/website kedai online dan kemudian menjual dengan harga yang lebih rendah tetapi masih memberikan keuntungan kepada anda. Anda boleh menyerap masuk harga kos penghantaran di dalam harga produk anda ataupun mengenakan caj berasingan. Sebagai contoh, anda ingin menjual dengan harga RM39 dan kos penghantaran kebiasaannya berharga RM6, anda boleh terus menjual produk tersebut dengan harga RM45 (nyatakan penghantaran adalah percuma) ataupun anda jual dengan harga RM39 dan anda perlu beritahu pelanggan bahawa mereka perlu membayar kos penghantaran secara berasingan. Terpulang kepada anda untuk memilih cara yang mana yang lebih baik.

Kursus Bina Website 6


BLOG ATAU WEBSITE KEDAI ONLINE

Perkara yang paling penting untuk menjalankan perniagaan online adalah anda MESTI/WAJIB mempunyai sebuah website kedai online. Jika tidak mampu untuk membina website dengan sistem kedai online (ecommerce) anda boleh bermula dengan membina sebuah blog kedai online. Tapi,bila dah ada modal seeloknya anda membina sebuah website kedai online yang sistematik dan mempunyai database yang lengkap. Anda boleh juga menghubungi kami untuk sebutharga.

Untuk kandungan lengkap tentang “Panduan dan Teknik Lengkap Bermula & Berjaya di dalam Perniagaan Online”, dapatkan e-book keluaran kami dengan klik pada gambar dibawah:

"panduan berjaya dalam perniagaan online", "blog kedai online", "website kedai online"



Leave A Reply




LIKE to Help Us Grow!!

Contact Details
Company Location
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere
Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor

How To Contact Us

Email: sales@izwanizzati.biz
Phone: +60126907705

Office Hours

Mondays-Sunday: 10:00 - 20:00



© 2012 IzwanIzzati E-Biz Resources Home About Our Sevices Portfolio Blog Contact