Call Us For Appointment: +60126907705
Get Your Ecommerce Website Now: Price start from RM1,800 All In

Apa Itu SEO dan Kepentingannya

Apa Itu SEO dan Kepentingannya

Apakah yang dimaksudkan dengan SEO? Pastinya anda pernah mendengar tentang SEO di internet kan?Ini kerana di internet, terlalu banyak artikel, perisian, forum, blog dan sebagainya yang membincangkan tentang topik SEO ini. Ramai yang berlumba-lumba untuk memahirkan diri tentang SEO dan sanggup membayar ratusan bahkan ribuan ringgit untuk itu. Kenapa begitu? Teruskan membaca.

Kami Menawarkan Perkhidmatan Analisis SEO, Setup SEO, Pemasaran Enjin Carian (Search Engine Marketing), Internet Marketing & Social Media Marketing (Facebook Marketing). HUBUNGI KAMI untuk keterangan lanjut dan sebutharga.

Anda mempunyai blog atau website kedai online tetapi tidak mempunyai ramai pelawat dan sekaligus memberi kesan kepada jualan anda? Kami boleh membantu anda untuk mendapat lebih ramai pelawat melalui keyword enjin carian. Pasti perniagaan anda juga akan bertambah maju. Berikut adalah pakej dalam Perkhidmatan Analisis dan Setup SEO :

  1. Analisis keseluruhan blog
  2. Analisis keyword, description dan meta tag
  3. Setup SEO Meta Tag Code ke dalam script blog
  4. Install search engine robot crawler & spider
  5. Laporan, Panduan dan Tips Tingkatkan Trafik Kedai Online
  6. Ebook keluaran kami bertajuk “Panduan dan Teknik Lengkap Bermula & Berjaya di dalam Perniagaan Online. 
Anda boleh lawat statistik laman web website kedai online kami di : http://statcounter.com/p6767349/summary/

SEO adalah bermaksud Search Engine Optimization. Ini membawa maksud yang paling mudah menempatkankan link/url blog atau website anda di ranking pertama atau di page pertama enjin carian. Sebagai contoh, website kedai online IzwanIzzati Collections, jika anda taip sebagai contoh keyword “koleksi jubah muslimah”,  “kebaya nyonya”, “kebaya nyonya murah” dan “skirt labuh” pada enjin carian google (google.com) pastinya anda akan dapat lihat link IzwanIzzati.com pada hasil carian. Untuk makluman, setiap hari website IzwanIzzati Collections menerima trafik antara 500-1000 unique visitor dan kebayakkannya adalah datangnya dari keputusan enjin carian. Unique visitor adalah berbeza dengan page view. Unique visitor bermaksud pelawat dikira sebagai satu untuk sehari walaupun seseorang itu melawat website yang sama beberapa kali dalam sehari.

Sekarang, anda dah dapat ideakan kenapa ramai blogger dan pemilik website di seluruh dunia berlumba-lumba nak mahirkan diri tentang SEO ni? Jawapannya adalah TRAFIK PERCUMA. Trafik bermaksud pelawat yang melawat blog/website anda. Semakin banyak trafik, semakin popular website anda dan jika anda menjalankan perniagaan online pastinya jualan produk anda akan bertambah banyak.

Ramai pemilik blog dan website yang tersilap apabila berfikir bahawa enjin carian akan mencari sendiri laman web mereka. Bagi memastikan laman blog/website anda disenaraikan di dalam enjin carian, anda hendaklah menghantar URL laman web/blog anda ke enjin carian. Penghantaran ini juga tidak semestinya bermaksud laman blog anda akan disenaraikan dengan kata carian (keyword) yang anda masukkan tadi. Anda perlu terus melakukan analisis secara berterusan. Terdapat banyak perisian dan laman web yang menawarkan khidmat penghantaran ini. Kami nasihatkan anda supaya jangan tertipu dan jangan menggunakannya. Pada masa kini, enjin carian yang ada sudah cukup cerdik.

Enjin carian dapat mengetahui samada laman web/blog anda dihantar menerusi ruang yang disediakan oleh enjin carian sendiri ataupun menggunakan perisian penghantaran. Jika anda di kesan, awas!! Mungkin ia akan dianggap spam dan tidak mustahil laman web anda disenaraihitamkan.

Selepas anda menghantar URL laman web/blog anda, enjin carian akan menghantar ejen perisikan mereka yang lebih dikenali sebagai spider dan crawler bagi mengunjungi laman blog anda. Spider ataupun crawler ini cuba mendapatkan seberapa banyak yang mungkin maklumat yang diperlukan. Tempoh ini mungkin mengambil masa sehingga berbulan-bulan lamanya. Pastikan anda menggunakan keyword yang benar-benar berkualiti di bahagian Meta Tag supaya laman web/blog anda lebih cepat tersenarai di enjin carian.

Penghantaran ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja. Anda perlu menghantar laman web anda semula ke enjin carian apabila anda membuat beberapa ubahsuai yang besar (major editing) pada laman web anda. Anda juga dapat menghantar semula apabila mendapati kedudukan laman web anda sudah berubah.

Di sini kami senaraikan link untuk anda hantar URL laman web/blog anda ke enjin carian Yahoo, Google dan MSN.

Search Engine Yahoo dan MSN http://www.bing.com/toolbox/webmaster
(Note: Baru-baru ini, search engine Yahoo dan MSN telahpun bekerjasama jadi untuk Yahoo dan MSN anda hanya perlu menghantar sekali sahaja)

Kami menyediakan perkhidmatan analisis SEO dan setup SEO untuk website anda. Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan pemasaran dan pengiklanan di internet seperti Search Engine Marketing (SEM) dan juga Facebook Marketing. Pastinya website anda akan mendapat lebih banyak trafik dan semakin popular. Hubungi kami untuk keterangan lanjut.



Leave A Reply




LIKE to Help Us Grow!!

Contact Details
Company Location
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere
Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor

How To Contact Us

Email: sales@izwanizzati.biz
Phone: +60126907705

Office Hours

Mondays-Sunday: 10:00 - 20:00



© 2012 IzwanIzzati E-Biz Resources Home About Our Sevices Portfolio Blog Contact