Call Us For Appointment: +60126907705
Get Your Ecommerce Website Now: Price start from RM1,800 All In

Bisnes Tanpa Modal dengan Keuntungan Lumayan

Mulakan Perniagaan Online Tanpa Modal dengan Dropship

Ajen dropship bermaksud anda menjual produk tanpa perlu untuk menyimpan inventori. Anda hanya perlu berdaftar dengan mana-mana perniagaan yang menawarkan perkhidmatan dropship ini dan mula mempromosikan produk-produk yang ditawarkan. Sebagai contoh, kami juga merupakan penyedia perkhidmatan dropship untuk produk baju kebaya nyonya dan juga kain pasang sulam (Lawat website ecommerce perniagaan online iaituIzwanIzzati Collections“). Jika anda berminat untuk menjadi agen dropship kami, anda hanya perlu mendaftar sebagai ajen. Kemudian, kami akan emailkan manual ajen, gambar-gambar produk, penerangan produk dan juga kos produk. Anda kemudian boleh upload produk kami ke blog/website kedai online anda dan promosikan produk tersebut. Jika ada pembeli, anda beritahu kami tentang produk yang di’order’ dan kami akan sediakan segalanya untuk anda. Dari segi penyediaan produk, pembungkusan dan penghantaran kami akan lakukan. Anda terima pembayaran daripada pembeli, ambil wang komisyen anda dan bakinya anda perlu bank in kepada kami. Kami akan berikan harga produk selepas ditolakkan komisyen anda dan anda juga boleh mark up harga untuk menambahkan keuntungan anda. Akan tetapi, jangan ‘mark up’ terlalu tinggi. Dengan itu, tidak akan berlakunya penipuan dan komisyen anda terjamin. Ini kerana, pelanggan akan bayar kepada anda terlebih dahulu. Bagi anda yang baru ingin bermula, boleh gunakan kaedah dropship ini. Serta merta anda akan mempunyai produk. Sedikit demi sedikit anda masukkan produk anda sendiri. Pasti perniagaan anda akan bertambah maju dan menguntungkan.

Berikut adalah faedah-faedah menjadi seorang ajen dropship :
  • Anda tidak perlu menghadapi kesukaran mengepos sesuatu produk
  • Menjimatkan kos pengeluaran. Anda tidak perlu menghabiskan bayak wang bagi membuat, membeli dan mengeluarkan produk.
  • Tiada stok untuk disimpan. Apabila produk yang dijual sudah lapuk di pasaran, maka anda tidak menanggung beban simpanan stok yang tidak terjual. Ramai peniaga internet yang menyimpan banyak stok terpaksa mengalami kerugian besar apabila terjadi perkara sedemikian. Mereka terpaksa menjual produk itu dengan harga rugi.
  • Anda boleh menambah produk-produk baru mengikut permintaan. Dengan tiada stok disimpan, tiadalah anda pening kepala memikirkan masalah itu. Jadi, tiada masalah juga untuk anda menambah apa-apa produk terkini mengikut permintaan pelanggan anda.
  • Komisyen/ wang anda terjamin dimana pelanggan akan membayar kepada anda terlebih dahulu. Anda akan hanya membayar kos seperti yang di persetujui kepada kami.


6 Comments For This Post
  • mohd yusof
    January 27, 2013 at 2:40 am

    hi. selamat pagi… macam mana nak jad ajen dropsip ea?


  • rahimah
    February 17, 2013 at 7:11 am

    R Saya sedang berusaha utk menambah pendapatan keluarga. Saya berminat nak jadi agen puan /Ryan. Blh email pd saya apa syarat -syaratnya .
    Tk


  • hafidzuddin
    March 15, 2013 at 3:26 am

    assalamualaikum…..selamat pagi,saya berminat tambah jana pendapatan.bagaimana nak jd agen dropship


  • nor albadriah ismail
    March 28, 2013 at 12:42 pm

    salam..macam mana nak daftar sebagai agen yer??


  • Masita
    March 29, 2013 at 3:45 pm

    Salam,
    Saya berminat utk menjadi agen dropship utk menambah pendapatan.
    Bolehkah pihak encik email kan pada saya syarat2 nya?


  • fizwan69
    April 15, 2013 at 2:30 pm

    fizwan69

    Salam..terima kasih kerana berminat untuk mendaftar sebagai agen dropship, untuk keterangan lanjut dan pendaftaran boleh klik pada link ini k..thanks.

    http://izwanizzati.com/index.php?main_page=product_info&cPath=38&products_id=417



Leave A Reply




LIKE to Help Us Grow!!

Contact Details
Company Location
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere
Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor

How To Contact Us

Email: sales@izwanizzati.biz
Phone: +60126907705

Office Hours

Mondays-Sunday: 10:00 - 20:00



© 2012 IzwanIzzati E-Biz Resources Home About Our Sevices Portfolio Blog Contact