Call Us For Appointment: +60126907705
Get Your Ecommerce Website Now: Price start from RM1,800 All In

Idea Produk Perniagaan Online

Produk Apakah Yang Paling Menguntungkan Untuk Di Jual Di Internet?

Pada masa ini, penggunaan internet di dunia telah meningkat dengan sangat mendadak. Di Malaysia juga, fenomena internet turut berlaku. Makin ramai rakyat Malaysia yang telah celik IT. Dengan kos penggunan internet yang murah kerana banyak penyedia perkhidmatan internet seperti Unifi, Streamyx, Celcom, Wimax dan sebagainya berlumba-lumba menawarkan pakej-pakej internet yang menarik dan mampu dimiliki oleh semua orang. Setiap hari, berjuta-juta rakyat Malaysia melayari internet samada untuk mencari maklumat, bersosial dilaman sosial seperti Facebook, MySpace, Friendster dan sebagainya. Begitu juga dengan pengguna internet di Malaysia yang makin berminat untuk membeli-belah secara online. Terlalu banyak faedah dan penjimatan yang boleh diperolehi dengan membeli-belah di internet ini.

Dengan hampir 17 juta pengguna internet di Malaysia, laporan agensi pembayaran online, PayPal dengan kerjasama penyelidik Nielsen Company mendedahkan pada 2010 saja kira-kira 1.1 juta rakyat Malaysia sanggup berbelanja dengan nilai purata RM2,461 untuk pembelian produk online.

Jadi, memang satu peluang yang besar untuk memulakan sebuah perniagaan online. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa perniagaan online mempunyai terlalu banyak kelebihan seperti kos overhead yang rendah, tanpa perlu bayar sewa dan menggaji pekerja, perniagaan di buka 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Selain itu, lingkungan perniagaan juga tidak hanya dalam lingkungan 50km di sekitar premis perniagaan anda barangkali tetapi perniagaan anda juga tiada batas sempadan. Boleh pergi sejauh yang mungkin. Perniagaan online kami (izwanizzati.com) contohnya, pelanggan yang membeli koleksi baju kebaya kami bukan setakat dari Malaysia tetapi datang dari seluruh pelusuk dunia seperti Autralia, Hong Kong, Jepun, USA dan yang terkini 9 helai kebaya nyonya kami akan diterbangkan ke Den Oever, Netherland.

Jadi, persoalan yang paling kerap berlegar-legar dalam kotak pemikiran dan perancangan.. Produk Apakah Yang Paling Menguntungkan Untuk Di Jual Di Internet? Sebenarnya, kalau ada kerajinan, disiplin, percaya pada keupayaan diri dan rajin belajar tentang dunia online.. jual la apa sahaja, pasti akan terjual. Kalau tak percaya, boleh tengok dekat website ebay, macam-macam ada. Sampai kapal terbang dan kapal selam pun jual kat situ.

Ok.. untuk membantu dan memberikan idea kepada anda apa yang mendapat sambutan dan popular di internet, anda boleh rujuk pada rajah di bawah:

Idea Pemilihan Produk Perniagaan Online

Sumber: Kajian oleh Nielsen Global Online Survey

Jadi, sekarang ni dah ade idea dah kan nak jual ape kat internet. Untuk panduan, anda boleh dapatkan ebook keluaran kami yang bertajuk “Panduan dan Teknik Lengkap Bermula & Berjaya di dalam Perniagaan Online”. Selain itu, boleh juga sertai Kursus Perniagaan Online dan Kursus Bina Laman Web Shopping Cart Ecommerce yang kami anjurkan. Anda akan di ajar langkah demi langkah di dalam membina sebuah laman web ecommerce dengan enjin shopping cart yang sangat sistematik. Hubungi kami untuk keterangan lanjut.



2 Comments For This Post
  • kirau
    February 1, 2013 at 2:37 am

    Saya nak buat bisnes secara online tapi saya tak pandai nak buat website dan blog. Ada kursus utk bt web tak. Saya tinggal dekat penang. Please reply me at my email.


    • kemat
      February 17, 2013 at 8:08 am

      nak buat busnes apa untuk online?



Leave A Reply




LIKE to Help Us Grow!!

Contact Details
Company Location
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere
Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor

How To Contact Us

Email: sales@izwanizzati.biz
Phone: +60126907705

Office Hours

Mondays-Sunday: 10:00 - 20:00



© 2012 IzwanIzzati E-Biz Resources Home About Our Sevices Portfolio Blog Contact